Skip to main content

Posts

PENGENALAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Laman web ini saya bangunkan untuk memberi panduan asas sebelum tuan/puan membuat keputusan untuk membeli kenderaan impot terpakai atau biasa dikenali sebagai kereta 'recond' daripada pengusaha kereta impot terpakai atau 'used car dealer' untuk secondary market di Malaysia. Kisah yang saya kongsikan disini adalah berpandukan pengalaman peribadi sewaktu membeli kenderaan impot dari negara Jepun pada tahun 2019. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada tuan/puan. CAR VX - Japan’s First Vehicle History Reports Service
Recent posts

BELI LAPORAN UNTUK TAHU STATUS KERETA RECOND YANG BAKAL ANDA BELI

Ini cerita saya... Sewaktu nak beli kereta recond, saya memang tak banyak ilmu tentang selok belok cara beli kereta recond. Ada juga buat carian di internet, tetapi bukan semuanya kita akan praktikkan terus selagi kita tidak berada dalam keadaan sebenar. Macam kes saya, saya hanya pergi ke satu dealer sahaja untuk beli kereta, tengok dan pilih, kemudian cuba untuk proses mohon pinjaman tanpa sebarang bayaran booking. Tetapi kalau jurujual minta booking, bincang lah baik-baik, buat perjanjian dan letakkan beberapa syarat supaya kita menjaga hak bersama. Jurujual pun mencari rezeki, kita hormati hak mereka. Sebagai jurujual, jadilah jurujual yang jujur. Dalam tempoh menunggu keputusan pinjaman atau sebelum tandatangan tawaran pinjaman, sebenarnya kita ada hak untuk buat semakan dan pemeriksaan keatas kereta yang kita pilih, termasuklah untuk dapatkan laporan lelongan atau sijil pendaftaran asal kereta tersebut. Tujuannya ialah supaya kita tahu keadaan kereta yang kita bakal beli tu ...

PRE CHECKING - VIN NUMBER / CHASIS NUMBER

Disini saya sertakan beberapa pautan untuk membuat semakan awal menggunakan VIN Number atau Chasis Number (Frame Number) yang anda perolehi daripada jurujual atau anda perolehi sewaktu memeriksa kereta tersebut : 1.  https://www.japan-partner.com/check-manufacture-year.html 2.  https://carvx.jp/?referrer=qjNPzT9l8REf 3.  https://jpcenter.ru/report 4.  https://www.cartell.ie/japanese-import/ 5.  https://scrut.my/ 6.  https://japancarhistorycheck.com/

TIPS MEMILIH KERETA RECOND

Pilih jenis kereta yang ingin dibeli. Semak harga pasaran semasa mengikut tahun kereta dibuat. Buat temujanji dengan jurujual atau pusat jualan. Datang sendiri ke pusat jualan untuk memeriksa kereta yang dikehendaki. Jika tiada pengetahuan bagaimana hendak memeriksa fizikal kereta, sila datang bersama mekanik yang berpengalaman untuk memeriksa keadaan kereta. Tanya sebanyak mungkin soalan kepada jurujual tersebut. Jurujual yang bagus akan memberikan jawapan setiap soalan yang anda tanyakan. Minta salinan AP (Permit Impot) untuk menyemak No Chasis kereta yang anda lihat. Pastikan kereta yang anda lihat dan berkenan punyai salinan AP bila diminta. Mohon izin untuk ambil gambar guna telefon bimbit. Ambil gambar salinan AP dan juga No. chasis dibadan kereta. Tanyakan juga tentang Auction Report. Kadangkala terdapat kenderaan yang tidak mempunyai Auction Report kerana kenderaan tersebut tidak diimpot melalui lelongan, tetapi ia dibeli terus  daripada pusat jualan(dealer) di neg...

TIPS MEMILIH DEALER KERETA RECOND

Pilih pengedar kenderaan recond yang punyai nama besar dan dipercayai sebagai pilihan utama. Dengan cara ini InsyaAllah kita boleh dapatkan khidmat selepas jualan dengan mudah tanpa merasa risau syarikat @ jurujual akan lenyap atau tidak dapat dihubungi selepas anda membeli kenderaan daripada mereka.