Pilih jenis kereta yang ingin dibeli. Semak harga pasaran semasa mengikut tahun kereta dibuat. Buat temujanji dengan jurujual atau pusat jualan. Datang sendiri ke pusat jualan untuk memeriksa kereta yang dikehendaki. Jika tiada pengetahuan bagaimana hendak memeriksa fizikal kereta, sila datang bersama mekanik yang berpengalaman untuk memeriksa keadaan kereta. Tanya sebanyak mungkin soalan kepada jurujual tersebut. Jurujual yang bagus akan memberikan jawapan setiap soalan yang anda tanyakan. Minta salinan AP (Permit Impot) untuk menyemak No Chasis kereta yang anda lihat. Pastikan kereta yang anda lihat dan berkenan punyai salinan AP bila diminta. Mohon izin untuk ambil gambar guna telefon bimbit. Ambil gambar salinan AP dan juga No. chasis dibadan kereta. Tanyakan juga tentang Auction Report. Kadangkala terdapat kenderaan yang tidak mempunyai Auction Report kerana kenderaan tersebut tidak diimpot melalui lelongan, tetapi ia dibeli terus daripada pusat jualan(dealer) di neg...