Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

BELI LAPORAN UNTUK TAHU STATUS KERETA RECOND YANG BAKAL ANDA BELI

Ini cerita saya... Sewaktu nak beli kereta recond, saya memang tak banyak ilmu tentang selok belok cara beli kereta recond. Ada juga buat carian di internet, tetapi bukan semuanya kita akan praktikkan terus selagi kita tidak berada dalam keadaan sebenar. Macam kes saya, saya hanya pergi ke satu dealer sahaja untuk beli kereta, tengok dan pilih, kemudian cuba untuk proses mohon pinjaman tanpa sebarang bayaran booking. Tetapi kalau jurujual minta booking, bincang lah baik-baik, buat perjanjian dan letakkan beberapa syarat supaya kita menjaga hak bersama. Jurujual pun mencari rezeki, kita hormati hak mereka. Sebagai jurujual, jadilah jurujual yang jujur. Dalam tempoh menunggu keputusan pinjaman atau sebelum tandatangan tawaran pinjaman, sebenarnya kita ada hak untuk buat semakan dan pemeriksaan keatas kereta yang kita pilih, termasuklah untuk dapatkan laporan lelongan atau sijil pendaftaran asal kereta tersebut. Tujuannya ialah supaya kita tahu keadaan kereta yang kita bakal beli tu ...