Ini cerita saya...
Sewaktu nak beli kereta recond, saya memang tak banyak ilmu tentang selok belok cara beli kereta recond. Ada juga buat carian di internet, tetapi bukan semuanya kita akan praktikkan terus selagi kita tidak berada dalam keadaan sebenar.
Macam kes saya, saya hanya pergi ke satu dealer sahaja untuk beli kereta, tengok dan pilih, kemudian cuba untuk proses mohon pinjaman tanpa sebarang bayaran booking. Tetapi kalau jurujual minta booking, bincang lah baik-baik, buat perjanjian dan letakkan beberapa syarat supaya kita menjaga hak bersama. Jurujual pun mencari rezeki, kita hormati hak mereka. Sebagai jurujual, jadilah jurujual yang jujur.
Dalam tempoh menunggu keputusan pinjaman atau sebelum tandatangan tawaran pinjaman, sebenarnya kita ada hak untuk buat semakan dan pemeriksaan keatas kereta yang kita pilih, termasuklah untuk dapatkan laporan lelongan atau sijil pendaftaran asal kereta tersebut. Tujuannya ialah supaya kita tahu keadaan kereta yang kita bakal beli tu dalam keadaan yang baik dan SELAMAT untuk kita gunakan nanti.
Jika kita dapati kereta yang kita booking tu terdapat masalah yang serius, minta gantikan dengan kereta yang lain yang lebih baik.
Akan tetapi jika kita dapat rasakan bahawa jurujual dan dealer kereta tersebut tidak boleh dipercayai, batalkan sahaja booking tersebut. Cari dealer yang lain.
Mintalah daripada jurujual VIN Number atau Chasis Number. Anda boleh juga rujuk dan periksa sendiri dengan bantuan jurujual. Biasanya ada satu plat besi yang terletak dibahagian pintu.
Setelah dapat VIN number, bolehlah pergi ke laman scrut.my untuk buat semakan dahulu.
Sekiranya kereta anda dibeli melalui lelongan, biasanya dealer akan simpan Auction Report. Anda kene minta daripada dealer anda. Dalam kes saya, dealer dah buat semakan, tiada Auction Report dalam simpanan mereka. Tetapi saya minta daripada dealer salinan AP. Dalam salinan tersebut ada dinyatakan daripada mana kereta kita diperolehi, tarikh kereta kita dibawa masuk ke Malaysia. Kereta saya diperolehi daripada dealer di Jepun dan tidak melalui lelongan. Patutlah bila saya buat semakan VIN number di scrut.my tiada record ditemui. Saya sertakan screenshot emel daripada pihak scrut.my yang menyarankan saya untuk mendapatkan laporan terus daripada pihak ketiga di Jepun.
Kes saya mungkin tak sama dengan tuan/puan, jadi jangan ikut cara saya. Jadikan apa yang saya ceritakan disini sebagai peringatan atau panduan untuk tuan/puan bertindak. Terus terang saya beritahu disini, saya hanya membeli report daripada pihak luar selepas saya dapat kereta. Macam-macam perasaan ada ketika tu, takut, risau, menyesal dan macam-macam lagi. Sehinggalah pada satu hari, saya nekad untuk membeli laporan melalui CARVX.JP . Sebab apa saya pilih CARVX dan tak beli daripada JRC seperti yang disarankan oleh scrut.my? jawapannya ialah kerana bajet saya dan keperluan saya terhad kepada apa yang perlu saya tahu. Itu sahaja. Apa yang saya dapat daripada CARVX sudah memadai dan memuaskan hati saya untuk menggunakan kereta yang saya beli. Apa yang saya perolehi daripada CARVX? Lihat gambar dibawah...

Seperti mana kita membeli kereta terpakai di Malaysia, antara perkara utama yang kita lihat ialah rekod kemalangan dan millage. Dalam kes saya, Millage yang terdapat dalam rekod ialah 35800 pada 31/1/2019. Lihat berapa millage yang saya perolehi semasa saya mengambil kunci kereta pada 3/10/2019 daripada dealer...
ALHAMDULILLAH.
Inilah kereta yang saya perolehi. Kereta ini saya gunakan setiap hari untuk ulang alik ketempat kerja dan aktiviti hujung minggu. Semoga kereta ini dapat berbakti kepada saya tanpa sebarang masalah. Setakat hari ni, saya berpuas hati dengan keadaan dan prestasi kereta ini.
Semoga perkongsian ringkas saya ini memberi manfaat kepada tuan/puan diluar sana, mungkin yang sedang tertanya-tanya dan mencari panduan bagaimana cara nak check sebelum membuat keputusan memilih dan membeli kereta recond.
Blh tahu dr company mana encik berurusan krn sy juga sdang bercadang utk membeli kereta recond, trima kasih.
ReplyDeleteMoscorp kajang
Delete